Sunday, 24 August 2014

DANN selepas tamatmye hidupaku setahun dekat KMPh, aq pon terase teramat lege dan seronok,.. susah taw dulu mase baru baru nak daftar, dalam keadaan ibu yang sakit, dalam keadaan kolej yang jauh di perantauan,.. stress sangat time tuu,.. TAPI, syukur syukur Alhamdulillah, Allah sangat mendengar bisikan hamba hambaNya, dia mudahkan segalanya,.. dan kegembiraan sangat tidak ternilai bertemu dengan orang yang ASYUMM! OHSEM!

bersama ex-roomates kuu ehee

time sesaje berghiadah petang sabtu hikhikk


Macam yang dirancangkan, lepas matrik mestilaa aq nak kene sambung belajar balik kan,.. yeplaa, sape nak amek pekerja yang hanya berSIJIL kan matrik? So, dari cakap cakap orang, jarak antara waktu tamat matrik dengan daftar masuk U untuk degree adelah selame lebih kurang 3 bulan,.. first first serious exited untuk aq carik keje, so aq bole la joli joli dengan duit gaji aq tu nanti, hikhikk,.. tapi tulaa, manusia hanya mampu merancang, kalau manusia leka sikit jep, mungkin takdir Allah  membinasakan manusia tu,.. huhuu, bile da abes exam, badan terase letih yang teramat sangat sampai rase macam xnak bangun dari tidur yang disulami dengan mimpi mimpi indah (hikhokhikhok, pemalas sungguh syuhaidah ni!) aq pon decided untuk tidak bekerja, n taw ape plan aq? Ha meh sini mak cite,.. aq plan untuk duduk rumah jep sepanjang 3 bulan lebih tu JAH! Teruk terukk,..

Tak sangke betul sebab aq memang buat camtu,.. tapinyee, lepas seminggu dduk uma, aq terasa teramatlaa keboringan,.. naseb baek laa ade orang yang baik hati offer aq keje,.. hebat taw keje yang aq dapat,.. rase bersyukur sangat sebab senang jep kejenyee, da laa dapat tempat yang ber-aircond, sejuk jepp,.. tenang jep aq nak buat keje (HAMPEH sumenye, hehee) aq keje waitress jeplaa, dekat medan,.. dok antar antar order air hehee,.. okelaa keje at situ, atleast adelaa duit poket aq ny haa,.. hehee,.. nampak nye acamtu lah aq habiskan mase aq selame cuti yang agak n tak agak panjang tu muhehehee

And finally! Result UPU pon keluar selepas 3 bulan,.. SADIS!




First first expression aq adelah, apenyh weyh?!! Xbole terimee, xnakk!!! Aq xdak pilih pon course tu,.. pointer aq tinggi tuu (BELAGAK!) aq xnak, xnak jugak,.. nak tugu second intake!

Then i trying to tell everyone, asking for their opinion and maybe some advises,.. sume orang terkeZOT! Expression-nye, camne kau bole dapat course tu? Jaoh nye menyempang,.. and bla bla blaa,..

Aq pon ade la usehekan telefon bahagian teknikal UiTM,.. yepla mane taww sala technical ke kann, haa hambek kau kene SOUND sejibik,.. hahaa! Orang tu cekkan la list borang UPU yang aq dah isik, terkejot cadbury bile orang tu kate course tu pilihan ke3 aq okee,.. pilihan KE3 JAH!! Make terdiam la aq dan bertanyekan pendapat orang tu camne kan sebab seriously i cant go with that course,.. suggestion-nye adelaa, TOLAK TAWARAN dan TUGU INTAKE2,.. hmm aq pon oke J tapi lepas 2 3 ary camtu aq baru buat keputusan same ade press TERIMA atau TOLAK,.. aq xperasan yang aq da pon terime tawaran tu aa haha!

Tapi pade mase yang same aq maseh lagi dalam kekeliruan same ade untuk pergi ataw tidakk,.. macam macam pendapat orang aq da dengar, macam macam kate kate orang aq dah tapis, macam macam pendapat aq dah terima, tapi keyakinan tu masih samar samar,.. 2 3 kali aq tuka fikiran,.. first tak nak pergi, oke stop,.. tetibe rase nak pergi, oke settle kan sume document, prepare tu prepare nyh,.. tetibe rase cam sedih, xnak terima,.. oke xnak pergi! Tetibe rase exited, yeah aq nak pergi Shah Alam, oke kemas beg, tetibe xnak pegi, buat research dengan bace blogger para seniours,.. OKE! Aq memang xpergi,.. tapi tulaa, aq dah kecewakan ramai orang dengan amek keputusan untuk tak pergi,.. hmmmphh!


Tapi tula, bile difikirkan dari sudut baik nye bile aq xpegi sambung study dengan course tu, banyak pulakk,.. lepas ny aq bole lah carik keje yang elok elok sikit,.. dapat amek lesen kete,.. dapat simpan duit lagi untuk aq jadikkan duit jajan untuk sambung study nnty,.. tapi aq kene jugak ready kan diri untuk terima sebarang kekecewaan, penyesalan dan kesedihan,.. sebabnyee, kite tak taw ap yang akan jadik nnti kan,.. so PREPARATION IS NEEDED!

Saturday, 23 August 2014

PENGAKHIRANNYA PASTI POSITIF

And finally i got some idea to express here,.. hmm it is just about me whom had ended her life as a student of Pahang Matriculation College,.. it been a year being there as a matriculation student for accounting. trust me that i am happy being there,.. knowing a lot of new people, with variety of new habit and character,.. its all make my life colourful,..
a part of my classmate, colourful isnt it? hehee

a part of my lecturemate, sangat panas waktu nih sebab aricond rosak,.. nampak x kipas beratur dekat tepi tu hihii


since i got to be there,.. in Pahang, i am choose to left aside all my memories that i have created with all old person here,in Johor Bahru,.. i seems strungle enough with my aim to have 4flat in every examination,..but, i couldnt make it when i only got 4flat for UPS 1,.. hmm, xde rezeki mungkin,.. (padahal malas :p)

wanna to  know my full result? here it is.


Sometimes i couldnt avoid from feeling down with it,.. sometimes i cant accept that i really couldnt get the perfect one,.. but when i think deeply, who are we to keep questioning about destiny, about Allah’s plan?? There must be some goodness that we never know which is the best for us,.. Alhamdulillah for this grant ya Allah!

Wednesday, 13 August 2014


SABAR ;)

Ass sobarul minal iman_sabar itu sebahagian daripada iman

Dan sesungguhnya manusia diciptakan tidak terlepas daripada ditempuhi dengan pelbagai dugaan Allah SWT dan semestinya Allah SWT Maha Mengetahui segala galanya. Dan perlu kita sedari bahawa dugaan itulah sebagai penguat hati dan pendekat antara seorang hamba dengan Tuhannya. Sesungguhnya dugaan akan menjadi nikmat dan rahmat jika kita berSABAR. Tetapi, sabar bukan hanya kita pakai untuk tenangkan diri dalam menghadapi dugaan Allah jep, sabar juga digunakan sebagai cara kita mengawal hawa nafsu serta menguruskan kehendak kehendak yang secara lumrahnya tiada had sebagai manusia.
Sememangnya sangat sukar untuk kita memupuk diri untuk bersabar jika hati gelap dan hidup dikerumuni dengan sikap tidak bersyukur dan ini akan memupuk nafsu amarah untuk terus menggelegak. Oleh itu, haruslah kita sentiasa dan terus bermuhasabah diri dan beristiqomah dalam menjalani hari hari yang tidak dapat diduga dugaannya.

Dari Abu Hurairah RA: bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW “berilah wasiat kepada ku.” Sabda Nabi SAW: “janganlah engkau mudah marah.” Orang itu mengulangi permintaan itu beberapa kali. Rasulullah tetap bersabda: “janganlah engkau marah.” (Hadis riwayat bukhari)

Daripada luarannya, kita sendiri dapat lihat bahawa sikap tidak sabar jarang sekali bahkan memang tidak akan dapat memberi apa apa manfaat kepada manusia. Sebaliknya tidak sabar dan marah sering menjerumuskan manusia kedalam kerugian. Hal ini dapat dilihat melalui kisah Nabi Musa AS sewaktu perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir. Allah SWT menceritakan kisahnya dalam surah al-kahf ayat 66 hingga 77. Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan seperti berikut.
Sewaktu keduanya ingin memulakan perjalanan, Nabi Khidir telah berpesan kepada Nabi Musa bahawa tidak mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir.  Sepanjang perjalanan, Nabi Khidir telah melakukan perkara perkara sehingga membuatkan Nabi Musa tidak mampu bersabar dari bertanya. Antara perbuatannya ialah
1. Nabi Khidir membocorkan perahu yang dinaiki keduanya
2.      Nabi Khidir telah membunuh anak muda yang zahirnya nampak sangat suci yang ditemuinya sewaktu perjalanan
3.      Nabi Khidir menegakkan tiang yang hampir roboh di sebuah penempatan
Akibat daripada ketidaksabaran Nabi Musa dalam mengawal diri daripada bertanya sebagaimana perjanjiannya dengan Nabi Khidir, maka Nabi Musa hanya dapat memperoleh tiga pengajaran daripada perjalanannya dengan Nabi Khidir.
1.      Nabi Khidir membocorkan perahu supaya perahu tersebut tidak dapat dirampas oleh pemerintah yang  zalim bahkan perahu tersebut dapat dibaiki oleh pemiliknya dan dapat digunakan terus untuk berniaga.
2.      Nabi Khidir membunuh anak muda yang zahirnya nampak tidak berdosa kerana pemuda tersebut akan membuatkan kedua ibubapanya melakukan kekufuran kelak.
3.      Nabi Khidir menegakkan dinging yang hampir roboh kerana dibawah tersebut ada harta yang dimiliki oleh 2 orang anak yatim yang pada masa akan datang dapat memberikan kemakmuran kepada tempat tersebut.
Pengajaran yang Allah ingin kita ambil iktibar daripada kisah Nabi Musa ini adalah dengan kesabaran, pastinya akan kita dapat ketahui pelbagai kebaikan yang tersirat. Bahkan jika Nabi Musa lebih sabar, mungkin banyak lagi pengajaran yang dapat diperolehinya. Apapon, perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.
Allah menambah lagi,
Dan taatilah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah bantah, maka itu menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar.
Surah  al anfal ayat 46
Allah sendiri memberi jaminan bahawa ketidaksabaran akan membuatkan kita lemah. Jadi, apakah kebaikannya menjadi orang yang tidak sabar? Dengan bersabar, Allah pasti akan bersama kita kerana janji Allah itu adalah sebuah kepastian yang sangat utuh yang tiada keraguan bagiNya. Terselit berjuta kebaikan yang tersurat dan yang tersirat. Jadi berSABARlah.
23JULY2014

SELAMAT HARI JADI! SEMOGA AWAK HAPPY SELALU J SEBENARNYA SAYA TAK LUPE LAA, CUMA KEADAAN MUNGKIN TAK MENGIZINKAN SEGALANYA BERLAKU MENGIKUT KEHENDAK. INI TAKDIR ALLAH SWT, KITA PERLU REDHA DAN TERIMA.
JANGAN BERSEDIH, ALLAH SENTIASA BERSAMA DENGAN KITA. IN SYAA ALLAH.

LAGI SEKALI, SELAMAT HARI JADI. SELAMAT PANJANG UMUR DAN BERJAYA DUNIA AKHIRAT. SAYA  DOAKAN AWAK J

Sunday, 20 July 2014


APA, CURANG?

Bagi aq, curang ny sesuatu yang xboleh diterima langsung lah,.. tapi dalam bercinta aq mungkin susa untuk rase cemburu,.. lantak kau lah nak berkawan dengan sape pon, nak rapat macam mane pon dengan pompuan lain, bape banyak pompuan pon kau nak deal macam macam perjanjian,.. asalkan tempat aq sebagai pompuan paling tinggi dalam hidup kau adelah aq sorang, xde yang lain oke,.. once aq tahu kau bermanje nan orang lain, anggapan aq xlaen dan xbukan kau curang nan aq, konklusinya kau dah xperlukan aq lagi,.. so lets break up! but please, do think it carefully,.. i am not simply will forget u,.. aq akan tiap tiap hari mengenangkan ape yang kau dah buat pada cinta kita,.. mmg break up something yang memuaskan HAHA! tp belakang belakang makan hati jugak aq nyh,..

Pada aq lah, bila kita bercinta,.. “kau aq punye, dan aq pulak kau punya,.. untuk pihak aq, aq macam dah xde hak untuk pandang orang lain,.. aq kene jage kau sorang and aq rase yang kau perlukan aq dalam hidup kau,.. dan aq ingat kau pon macam tu,..”  mungkin sebab tu aq sangat xboleh terima kecurangan,..

Aq mungkin terlalu ambil mudah dalam bercinta,.. aq jage diri aq, dan aq pikir kau buat bende yang same,.. 101% trusted on you! but totally i am wrong,.. xapelaa, mungkin bukan jodoh, tp ap yang jadi betul betul mematangkan,.. sekarang, bercinta bukan sekadar bercinta,.. tp aq ingin bercinta kerana Allah SWT,.. misi sekarang adelah mencari suami yang dapat pimpin aq untuk mencari redha dab rahmat Allah SWT,.. amin~~

Cinta dan berkasih sayang

Bismillah hirrahman nirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Memang sudah menjadi lumrah manusia mempunyai rasa cinta dan berkasih sayang sejak dari awal penciptaan lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kisah nabi Adam yang sangat kasihkan isterinya Hawa sehingga termakan dengan pujuk rayu Hawa untuk bersama sama makan buah yang dilarang Allah untuk dimakan di dalam syurga sehingga menyebabkan kedua duanya terusir dari syurga untuk menetap didunia. Kisah ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al baqarah ayat 36

Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan asal dan kami berfirman:’ “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu ditentukan.”

Cinta itu sememangnya indah serta mampu membuatkan manusia leka dek bunga bunga yang bertebaran dalam jiwa dan sanubari kecil. Kerana kelekaan, manusia tidak mampu sedar dan bangkit dari hayalan nafsu sehingga memilih untuk menzalimi diri sendiri terutamanya ibubapa. Sedangkan jika kita sedar, kita dituntut untuk tidak berbuat kezaliman.

Dari Abu Dzar Al- Ghifari RA, daripada Nabi Muhammad SAW yang maka hadis ini diriwayatkan daripada Tuhannya, Azza Wa Jalla, Dia berfirman: “wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan (berlaku) zalim atas diri-Ku dan Aku menjadikannya di antaramu haram, maka janganlah kamu menzalimi.

Sebagai manusia sebenarnya, kita perlu sedar untuk mempraktikkan cinta dan kasih sayang itu dengan sebenar benar cara bagi memimpin diri dan ahli keluarga kearah jalan Allah SWT. Demi untuk mengembangkan populasi hamba hamba Allah yang terpelihara daripada melakukan kezaliman. Kasih sayang juga perlu dipupuk dengan ikhlas demi memelihara yang halal dan menghalang daripada melakukan yang haram.

Katakanlah: “jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah al Imran ayat 31)



IKHLASKAN JIWA
Untuk mengikhlaskan hati, semestinya hati itu perlu dijaga dengan segala kebaikan merangkumi cara akal kita untuk berfikir tentang kebaikan itu sendiri. Dengan kita berfikir secara positif, maka setiap langkah yang bakal kita ambil semestinya akan menjurus terus kepada kebaikan, bereti disitu, kita akan dapat mengelakkan diri dari terus melakukan hal hal keburukan ataupun perkara yang terlarang oleh Allah yang dapat  menggelapkan serta mengotorkan hati. Bila kotornya hati, redha pasti dan tentu sekali sukar untuk kita genggami. Ini bermakna, daripada sudut positifnya, jika bersihnya hati, setiap kesakitan, kesedihan, kemarahan akan dapat dikawal dengan baik dengan penuh keikhlasan bahkan mungkin kita tidak akan mampu untuk marah tetapi terus bersedih dan merintih kepada Allah dengan penuh keikhlasan, in syaa Allah.
Ikhlas itu dapatlah juga dikaitkan dengan niat kita itu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang tersirat dalam hati setiap hambanya. Maksudnya disini, jika kita bersedih dalam keadaan kita sedar bahawa kita perlu redha dan ikhlaskan semuanya kerana Allah sebab tahu setiap yang menimpa diri adalah atas kehendak Allah tetapi dalam hati masih ada rasa marah, maka mungkin ikhlas kita adalah menjadi sia sia. Hal ini dapatlah dikaitkan dengan sebuah hadis:

Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khattab: Dia berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘segala amal itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.’

Hadis ini muncul kerana adanya seorang lelaki yang ikut berhijrah untuk mengahwini wanita yang bernama Ummu Qais. Dia berhijrah bukan untuk mendapatkan pahala hijrah, oleh itu dia digelar Muhajir Ummu Qais. Wallahu a’lam.
Ini dapat membuktikan dengan sekukuh kukuhnya bahawa niat adalah ibu atas segala perbuatan bahkan sekaligus menentukan sejauh mana keihklasan yang tersembunyi dalam hati yang  paling terdalam. Sesungguhnya Allah SWT  Maha Mengetahui yang tiada keterbatasan, Dia mengetahui kepura puraan sedang manusia tidak sedar.

Allah berfirman ‘Allah akan (membalas) olok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka.’ Surah al Baqarah ayat 15.

Wednesday, 11 June 2014

baik tak baik?

bile tengok orang buat baik, mulalah hati berhasad dengki, mulut nak celoteh ke sana ke mari cakapkan yg orang tu menunjuk,.. hmm, biarlaa kalau betul pon orang tu nak menunjuk, sekurang kurangnye die buat kebaikan jugak,.. daripada kita?

renungkan kanlaa iman

Monday, 26 May 2014

syukur

SYUKUR, bersyukurla manusia dengan semua yang dimiliki,.. cukuplaa merengek kepada sesama manusia,.. merengek dan merintihlaa pada Allah,.. berbisik sentiasa kepadanya, in syaa Allah,.. akan syukurlaa hati

USAHA, berusahala zahir dan batin,.. istiqomah untuk mencapai mimpi mimpi indah,.. rintih pada Allah, semoga syurga tempat kita kelak