Wednesday, 13 August 2014


SABAR ;)

Ass sobarul minal iman_sabar itu sebahagian daripada iman

Dan sesungguhnya manusia diciptakan tidak terlepas daripada ditempuhi dengan pelbagai dugaan Allah SWT dan semestinya Allah SWT Maha Mengetahui segala galanya. Dan perlu kita sedari bahawa dugaan itulah sebagai penguat hati dan pendekat antara seorang hamba dengan Tuhannya. Sesungguhnya dugaan akan menjadi nikmat dan rahmat jika kita berSABAR. Tetapi, sabar bukan hanya kita pakai untuk tenangkan diri dalam menghadapi dugaan Allah jep, sabar juga digunakan sebagai cara kita mengawal hawa nafsu serta menguruskan kehendak kehendak yang secara lumrahnya tiada had sebagai manusia.
Sememangnya sangat sukar untuk kita memupuk diri untuk bersabar jika hati gelap dan hidup dikerumuni dengan sikap tidak bersyukur dan ini akan memupuk nafsu amarah untuk terus menggelegak. Oleh itu, haruslah kita sentiasa dan terus bermuhasabah diri dan beristiqomah dalam menjalani hari hari yang tidak dapat diduga dugaannya.

Dari Abu Hurairah RA: bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW “berilah wasiat kepada ku.” Sabda Nabi SAW: “janganlah engkau mudah marah.” Orang itu mengulangi permintaan itu beberapa kali. Rasulullah tetap bersabda: “janganlah engkau marah.” (Hadis riwayat bukhari)

Daripada luarannya, kita sendiri dapat lihat bahawa sikap tidak sabar jarang sekali bahkan memang tidak akan dapat memberi apa apa manfaat kepada manusia. Sebaliknya tidak sabar dan marah sering menjerumuskan manusia kedalam kerugian. Hal ini dapat dilihat melalui kisah Nabi Musa AS sewaktu perjalanannya bersama dengan Nabi Khidir. Allah SWT menceritakan kisahnya dalam surah al-kahf ayat 66 hingga 77. Secara ringkasnya, dapatlah disimpulkan seperti berikut.
Sewaktu keduanya ingin memulakan perjalanan, Nabi Khidir telah berpesan kepada Nabi Musa bahawa tidak mempersoalkan setiap perbuatan Nabi Khidir.  Sepanjang perjalanan, Nabi Khidir telah melakukan perkara perkara sehingga membuatkan Nabi Musa tidak mampu bersabar dari bertanya. Antara perbuatannya ialah
1. Nabi Khidir membocorkan perahu yang dinaiki keduanya
2.      Nabi Khidir telah membunuh anak muda yang zahirnya nampak sangat suci yang ditemuinya sewaktu perjalanan
3.      Nabi Khidir menegakkan tiang yang hampir roboh di sebuah penempatan
Akibat daripada ketidaksabaran Nabi Musa dalam mengawal diri daripada bertanya sebagaimana perjanjiannya dengan Nabi Khidir, maka Nabi Musa hanya dapat memperoleh tiga pengajaran daripada perjalanannya dengan Nabi Khidir.
1.      Nabi Khidir membocorkan perahu supaya perahu tersebut tidak dapat dirampas oleh pemerintah yang  zalim bahkan perahu tersebut dapat dibaiki oleh pemiliknya dan dapat digunakan terus untuk berniaga.
2.      Nabi Khidir membunuh anak muda yang zahirnya nampak tidak berdosa kerana pemuda tersebut akan membuatkan kedua ibubapanya melakukan kekufuran kelak.
3.      Nabi Khidir menegakkan dinging yang hampir roboh kerana dibawah tersebut ada harta yang dimiliki oleh 2 orang anak yatim yang pada masa akan datang dapat memberikan kemakmuran kepada tempat tersebut.
Pengajaran yang Allah ingin kita ambil iktibar daripada kisah Nabi Musa ini adalah dengan kesabaran, pastinya akan kita dapat ketahui pelbagai kebaikan yang tersirat. Bahkan jika Nabi Musa lebih sabar, mungkin banyak lagi pengajaran yang dapat diperolehinya. Apapon, perancangan Allah adalah sebaik baik perancangan.
Allah menambah lagi,
Dan taatilah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah bantah, maka itu menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta dengan orang yang sabar.
Surah  al anfal ayat 46
Allah sendiri memberi jaminan bahawa ketidaksabaran akan membuatkan kita lemah. Jadi, apakah kebaikannya menjadi orang yang tidak sabar? Dengan bersabar, Allah pasti akan bersama kita kerana janji Allah itu adalah sebuah kepastian yang sangat utuh yang tiada keraguan bagiNya. Terselit berjuta kebaikan yang tersurat dan yang tersirat. Jadi berSABARlah.

No comments:

Post a Comment