Cinta dan berkasih sayang
Bismillah hirrahman nirrahim, dengan nama Allah yang maha
pemurah lagi maha penyayang.
Memang sudah
menjadi lumrah manusia mempunyai rasa cinta dan berkasih sayang sejak dari awal
penciptaan lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kisah nabi Adam yang sangat
kasihkan isterinya Hawa sehingga termakan dengan pujuk rayu Hawa untuk bersama
sama makan buah yang dilarang Allah untuk dimakan di dalam syurga sehingga
menyebabkan kedua duanya terusir dari syurga untuk menetap didunia. Kisah ini
berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al baqarah ayat 36
Lalu keduanya
digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari
keadaan asal dan kami berfirman:’ “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh
bagi yang lain dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup
sampai waktu ditentukan.”
Cinta itu
sememangnya indah serta mampu membuatkan manusia leka dek bunga bunga yang
bertebaran dalam jiwa dan sanubari kecil. Kerana kelekaan, manusia tidak mampu
sedar dan bangkit dari hayalan nafsu sehingga memilih untuk menzalimi diri
sendiri terutamanya ibubapa. Sedangkan jika kita sedar, kita dituntut untuk
tidak berbuat kezaliman.
Dari Abu Dzar Al-
Ghifari RA, daripada Nabi Muhammad SAW yang maka hadis ini diriwayatkan
daripada Tuhannya, Azza Wa Jalla, Dia berfirman: “wahai hamba-Ku, sesungguhnya
Aku mengharamkan (berlaku) zalim atas diri-Ku dan Aku menjadikannya di antaramu
haram, maka janganlah kamu menzalimi.
Sebagai manusia
sebenarnya, kita perlu sedar untuk mempraktikkan cinta dan kasih sayang itu
dengan sebenar benar cara bagi memimpin diri dan ahli keluarga kearah jalan
Allah SWT. Demi untuk mengembangkan populasi hamba hamba Allah yang terpelihara
daripada melakukan kezaliman. Kasih sayang juga perlu dipupuk dengan ikhlas
demi memelihara yang halal dan menghalang daripada melakukan yang haram.
Katakanlah: “jika
kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan
mengampuni dosa dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah al Imran ayat 31)
No comments:
Post a Comment