Sunday, 20 July 2014


APA, CURANG?

Bagi aq, curang ny sesuatu yang xboleh diterima langsung lah,.. tapi dalam bercinta aq mungkin susa untuk rase cemburu,.. lantak kau lah nak berkawan dengan sape pon, nak rapat macam mane pon dengan pompuan lain, bape banyak pompuan pon kau nak deal macam macam perjanjian,.. asalkan tempat aq sebagai pompuan paling tinggi dalam hidup kau adelah aq sorang, xde yang lain oke,.. once aq tahu kau bermanje nan orang lain, anggapan aq xlaen dan xbukan kau curang nan aq, konklusinya kau dah xperlukan aq lagi,.. so lets break up! but please, do think it carefully,.. i am not simply will forget u,.. aq akan tiap tiap hari mengenangkan ape yang kau dah buat pada cinta kita,.. mmg break up something yang memuaskan HAHA! tp belakang belakang makan hati jugak aq nyh,..

Pada aq lah, bila kita bercinta,.. “kau aq punye, dan aq pulak kau punya,.. untuk pihak aq, aq macam dah xde hak untuk pandang orang lain,.. aq kene jage kau sorang and aq rase yang kau perlukan aq dalam hidup kau,.. dan aq ingat kau pon macam tu,..”  mungkin sebab tu aq sangat xboleh terima kecurangan,..

Aq mungkin terlalu ambil mudah dalam bercinta,.. aq jage diri aq, dan aq pikir kau buat bende yang same,.. 101% trusted on you! but totally i am wrong,.. xapelaa, mungkin bukan jodoh, tp ap yang jadi betul betul mematangkan,.. sekarang, bercinta bukan sekadar bercinta,.. tp aq ingin bercinta kerana Allah SWT,.. misi sekarang adelah mencari suami yang dapat pimpin aq untuk mencari redha dab rahmat Allah SWT,.. amin~~

Cinta dan berkasih sayang

Bismillah hirrahman nirrahim, dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Memang sudah menjadi lumrah manusia mempunyai rasa cinta dan berkasih sayang sejak dari awal penciptaan lagi. Hal ini dapat dibuktikan melalui kisah nabi Adam yang sangat kasihkan isterinya Hawa sehingga termakan dengan pujuk rayu Hawa untuk bersama sama makan buah yang dilarang Allah untuk dimakan di dalam syurga sehingga menyebabkan kedua duanya terusir dari syurga untuk menetap didunia. Kisah ini berdasarkan firman Allah SWT dalam surah al baqarah ayat 36

Lalu keduanya digelincirkan (diperdaya) oleh syaitan dari syurga itu dan dikeluarkan dari keadaan asal dan kami berfirman:’ “Turunlah kamu! Sebahagian kamu menjadi musuh bagi yang lain dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi dan kesenangan hidup sampai waktu ditentukan.”

Cinta itu sememangnya indah serta mampu membuatkan manusia leka dek bunga bunga yang bertebaran dalam jiwa dan sanubari kecil. Kerana kelekaan, manusia tidak mampu sedar dan bangkit dari hayalan nafsu sehingga memilih untuk menzalimi diri sendiri terutamanya ibubapa. Sedangkan jika kita sedar, kita dituntut untuk tidak berbuat kezaliman.

Dari Abu Dzar Al- Ghifari RA, daripada Nabi Muhammad SAW yang maka hadis ini diriwayatkan daripada Tuhannya, Azza Wa Jalla, Dia berfirman: “wahai hamba-Ku, sesungguhnya Aku mengharamkan (berlaku) zalim atas diri-Ku dan Aku menjadikannya di antaramu haram, maka janganlah kamu menzalimi.

Sebagai manusia sebenarnya, kita perlu sedar untuk mempraktikkan cinta dan kasih sayang itu dengan sebenar benar cara bagi memimpin diri dan ahli keluarga kearah jalan Allah SWT. Demi untuk mengembangkan populasi hamba hamba Allah yang terpelihara daripada melakukan kezaliman. Kasih sayang juga perlu dipupuk dengan ikhlas demi memelihara yang halal dan menghalang daripada melakukan yang haram.

Katakanlah: “jika kamu (benar benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (surah al Imran ayat 31)



IKHLASKAN JIWA
Untuk mengikhlaskan hati, semestinya hati itu perlu dijaga dengan segala kebaikan merangkumi cara akal kita untuk berfikir tentang kebaikan itu sendiri. Dengan kita berfikir secara positif, maka setiap langkah yang bakal kita ambil semestinya akan menjurus terus kepada kebaikan, bereti disitu, kita akan dapat mengelakkan diri dari terus melakukan hal hal keburukan ataupun perkara yang terlarang oleh Allah yang dapat  menggelapkan serta mengotorkan hati. Bila kotornya hati, redha pasti dan tentu sekali sukar untuk kita genggami. Ini bermakna, daripada sudut positifnya, jika bersihnya hati, setiap kesakitan, kesedihan, kemarahan akan dapat dikawal dengan baik dengan penuh keikhlasan bahkan mungkin kita tidak akan mampu untuk marah tetapi terus bersedih dan merintih kepada Allah dengan penuh keikhlasan, in syaa Allah.
Ikhlas itu dapatlah juga dikaitkan dengan niat kita itu sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Tahu apa yang tersirat dalam hati setiap hambanya. Maksudnya disini, jika kita bersedih dalam keadaan kita sedar bahawa kita perlu redha dan ikhlaskan semuanya kerana Allah sebab tahu setiap yang menimpa diri adalah atas kehendak Allah tetapi dalam hati masih ada rasa marah, maka mungkin ikhlas kita adalah menjadi sia sia. Hal ini dapatlah dikaitkan dengan sebuah hadis:

Dari Amirul Mukminin, Umar bin Khattab: Dia berkata saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: ‘segala amal itu bergantung kepada niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai dengan niatnya. Maka barangsiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa yang hijrahnya itu kerana kesenangan dunia atau kerana seorang wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya.’

Hadis ini muncul kerana adanya seorang lelaki yang ikut berhijrah untuk mengahwini wanita yang bernama Ummu Qais. Dia berhijrah bukan untuk mendapatkan pahala hijrah, oleh itu dia digelar Muhajir Ummu Qais. Wallahu a’lam.
Ini dapat membuktikan dengan sekukuh kukuhnya bahawa niat adalah ibu atas segala perbuatan bahkan sekaligus menentukan sejauh mana keihklasan yang tersembunyi dalam hati yang  paling terdalam. Sesungguhnya Allah SWT  Maha Mengetahui yang tiada keterbatasan, Dia mengetahui kepura puraan sedang manusia tidak sedar.

Allah berfirman ‘Allah akan (membalas) olok-olokkan mereka dan membiarkan mereka terumbang ambing dalam kesesatan mereka.’ Surah al Baqarah ayat 15.